Pengurusan Risiko : 4 Peraturan Klasik

Posted by mna@eejam | 10/21/2008 06:22:00 AM | 0 comments »

Setiap 'trader' sama ada profesional atau tidak seharusnya menerima dan mengamalkan EMPAT peraturan klasik di bawah dalam setiap urus niaga.Ini bagi menjamin akaun kita akan tidak berada ditahap kritikal pada satu-satu masa.Kita sememangnya ingin atau mahu bertahan lama dalam perniagaan ini dan lebih tepat lagi dikalangan kita ingin mencari kekayaan melalui urus niaga forex ini.Walaupun kita sudah maklum bahawa perniagaan ini sungguh besar risikonya.

EMPAT Peraturan Klasik Pengurusan Risiko Sebagai Pedagang :

1 ) Biarkan pasaran yang mempengaruhi keputusan anda, dan bukan ego anda.
2 ) Biarkan keuntungan berterusan,potong kerugian dengan pantas.
3 ) Sentiasa berpihak kepada pemenang sahaja.
4 ) Ikuti arus.

" Ia adalah terlalu jelas, sehingga ia sukar dilihat. Seorang dungu telah mencari api dengan menggunakan pelita. Jika dia tahu apa itu sebenarnya api, dia pasti telah memasak nasinya dengan cepat"

The Zen of Trading

Bagi mengekalkan kita berada dalam perniagaan ini, EMPAT peraturan klasik dia atas WAJIB kita aplikasikan.Pesanan PENTING untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

" Apa yang sedang dikatakan adalah pasaran membuat segala keputusan. satu-satunya keputusan kita adalah untuk mendengar kata pasaran dan menuruti segala penunjuknya. Ia adalah sentiasa benar, dan tidak akan menipu. Hanya kita yang menipu diri kita sendiri."

The Zen Of Trading

Dan salah satu cara untuk kita maju dalam perniagaan ini ialah sentiasa fokus dengan sistem yang kita urus niaga dan pastikan kita menyimpan segala rekod urus niaga kita sendiri. Kita akan dapat melihat sendiri segala kekuatan dan kelemahan urus niaga yang telah dilakukan dalam sesuatu tempoh tertentu. Dan sudah tentu ia menjadikan kita sentiasa berwaspada dan meningkatkan lagi pengetahuan dan pencapaian kita.
source : onerich.blogspot.com

0 comments