Non-Farm Payroll (NFP)

Posted by mna@eejam | 11/07/2008 06:37:00 AM | 0 comments »

Malam ni seperti malam2 hari Jumaat 1st week of the month yang biasa... kita ada berita paling sensasi yang bakal memberi impak kepada keadaan semasa USD Dollar Amerika dan negara2 yang berurusniaga menggunakan USD sebagai tukaran matawang

Non-Farm Payroll ialah statistik yang diambil dari "U.S. Bureau of Labor Statistics". Ia mengambil kira tentang kadar pengangguran, pendapatan per kapita mengikut jam dan tempoh mengikut jam bekerja seminggu pekerja2 industri bukan pertanian atau penternakan di Amerika Syarikat. Statistik pekerjaan ini kemudiannya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi US. Secara kasarnya, peluang pekerjaan meningkat, ramai orang bekerja, produktiviti bertambah dan seterusnya hasil negara juga bertambah kadar pekerjaan rendah secara kasarnya bermaksud peluang pekerjaan yang semakin kurang, orang tidak bekerja atau tidak bekerja dan akhirnya pengeluaran hasil negara berkurangan.

Kita sebagai forex trader boleh mengambil kesempatan daripada statistik yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Pekerjaan Amerika ini dengan cara melihat forecast yang dikeluarkan. Sekiranya ramalan menunjukkan statistik meningkat daripada rekod terdahulu maka kita boleh bersiap sedia untuk buy dalam masa 5 minit terakhir sebelum statistik rasmi diumumkan. Sebaliknya jika ramalan menyatakan statistik merundum berbanding rekod terdahulu maka kita boleh bersiap sedia untuk sell dalam masa 5 minit terakhir statistik rasmi dikeluarkan.

"Walau bagaimana pun, harus diingat, ramalan tetap ramalan, ramalan adalah berdasarkan kepada berita semasa yang juga dipengaruhi oleh spekulasi-spekulasi terutama sekali dari pihak bank dan juga negara-negara yang ingin mengambil kesempatan menjatuhkan matawang USD dan menaikkan matawang mereka."


Jadi, persoalannya... adakah anda sudah bersedia? Apa persiapan yang anda lakukan? Bagaimana cara anda trade semasa news NFP dikeluarkan? Apakah langkah2 keselamatan yang anda ambil sekiranya market berubah di saat-saat akhir?

0 comments