Tips Menghadapi NFP ( NON FARM PAYROLL )

Posted by mna@eejam | 11/07/2008 08:23:00 AM | 2 comments »

Seperti diberitahu pada post sebelum ini, keadaan ini akan berlaku sebulan sekali sepanjang tahun untuk market ERU / USD sahaja. Apa yang aku nampak, EU sahaja banyak effect semasa news NFP keluar.

Pasaran lain tidak diketahui. Keadaan ini terjadi apabila berlaku penyelarasan ekonomi baru untuk bulan berkenaan. Keadaan NFP akan berlaku pada awal bulan minggu pertama setiap bulan tepat pukul 8.30 malam (boleh periksa dlm website forexfactory.com utk tahu waktu sebenar news NFP).

Apabila NFP berlaku pasaran akan naik dan turun terlalu banyak antara 100 - 200 pips dalam masa 1 saat. Tetapi ada kalanya ia cuma turun sahaja atau naik sahaja pada kadar pips yang tinggi. Seperti keadaan yg berlaku pada 9 mac 2007 pukul 9.30 mlm, pada jangkaan pasaran USD akan lemah dan akan menyebabkan kenaikan EUR. Tetapi keadaan berlaku terbalik, iaitu EUR lemah dan terus turun sehingga 100 pips. Tetapi selepas itu ia tidak naik semula.Walau bagaimanapun keadaan seperti ini jarang berlaku. Dalam 5 tahun ia hanya berlaku sekali sahaja. Dalam keadaan biasa ia akan naik dan turun seimbang.Apabila menjelang NFP trader mempunyai peluang untuk memaksimumkan untung.30 MINIT sebelum berlaku NFP seperti yg ditetapkan dalam news anda perlu membuat persediaan sewajarnya. Tujuan anda bersedia adalah untuk mendapat untung lebih berbanding biasa.
Langkah 1. -Tentukan berapa banyak floating buy atau sell.
Langkah 2. - Imbangkan floating buy dan sell supaya sama banyak.
Langkah 3. - Set target profit antara 30 - 50 pips utk satu posisi.Anda bertindak untuk membuat penyelarasan ini selewat-lewatnya 5 minit sebelum NFP berlaku. Kemudian jika NFP berlaku dengan pergerakkan perlahan, cepat-cepat tutup posisi yang telah untung. Jika lambat, bimbang akan berlaku sebaliknya.Dengan NFP semua floating akan tertutup dan dengan itu anda akan memperolehi untung maksimum pada hari berkenaan.

TIPS UNTUK MARGIN CALLBERTAHAN DENGAN KESEIMBANGAN BUY DAN SELL
Masalah utama margin call ialah apabila modal anda tidak cukup untuk menahan asakkan keadaan pasaran. Jika berlaku terlalu banyak posisi BUY pasaran menurun akan menyebabkan margin call dan begitu juga keadaan sebaliknya.Teknik menahan asakkan margin call ialah dengan membuat imbangan terhadap bilangan BUY dan SELL. Ini bermakna jika anda telah membuka 5 posisi BUY anda harus imbangkan dengan membuka 5 posisi SELL. Jika berlaku penurunan atau kenaikkan pasaran, salah satu posisi akan untung. Disamping itu salah satu posisi pula akan rugi. Tetapi untuk melawan kerugian berkenaan anda mesti membuka semula poisis yang telah tutup selepas untung. Dengan itu sekali lagi anda telah mengimbangi posisi yang masih belum tutup dan masih rugi. Begitulah keadaan seterusnya, sehingga kedua-dua posisi tutup semua sekali sama ada BUY atau SELL. Putaran keadaan ini akan berlarutan sehingga adakalanya mencapai 2 hingga 3 bulan atau lebih. Penamat bagi keadaan ini selalunya berlaku apabila situasi NON FARM PAY ROLL (NFP) yg akan berlaku pada setiap bulan awal bulan berkenaan.Jika berlaku situasi NFP pasaran akan naik dan turun dalam satu saat sangat tinggi sehingga mencapai 100-200 pips.Dengan itu semua posisi yang masih floating akan tertutup DENGAN UNTUNG semua sekali.

2 comments

  1. admin // November 7, 2008 at 5:17 PM  

    good topic. you can try this EA to trade NFP news.

    Trade NFP News with EA

  2. mna@eejam // November 9, 2008 at 4:15 PM  

    thank you